Berkuatkuasa 1 Jun 2015, setiap peralatan komunikasi di Malaysia wajib dilengkapi dengan Label MCMC. Namun, mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai Label MCMC dan risiko menggunakan peranti tanpa perakuan yang sah.
Apa itu Label MCMC?
Label MCMC adalah tanda pemerakuan wajib bagi menunjukkan bahawa peralatan komunikasi telah diperakukan mematuhi piawaian mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Risiko menggunakan peranti yang tidak disahkan
Dengan menggunakan peralatan komunikasi yang tidak disahkan, ia merupakan kesalahan di sisi undang-undang. Di bawah Peraturan 16, penggunaan peralatan komunikasi yang tidak menepati piawaian boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Label MCMC penting untuk mengesahkan jika peralatan komunikasi tersebut adalah palsu/klon atau haram digunakan.
Dengan menggunakan peranti yang tidak disahkan boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi serta gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi.
Malah, ia juga boleh membahayakan nyawa anda seperti terkena kejutan elektrik dan yang lebih serius boleh menyebabkan kebakaran.
Mengapa telefon tanpa wayar perlu mempunyai Label MCMC?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua peralatan komunikasi termasuk telefon tanpa wayar memerlukan Label MCMC.
Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna serta mendapatkan kualtiti perkhidmatan yang lebih baik dari penyedia telekomunikasi. Malah, ia juga bertujuan bagi mendapatkan frekuensi yang lebih baik.
Kenapa anda perlu dapatkan telefon tanpa wayar Panasonic?
Selain memudahkan urusan anda di rumah, sudah tentu telefon tanpa wayar Panasonic memiliki Label MCMC.
Telefon dari Panasonic juga menyokong Caller ID sehingga 50 memori. Ia juga mampu mengurangkan bunyi hingar, boleh menyekat panggilan gangguan serta mempunyai pad kekunci yang besar bagi memudahkan anda mendail nombor secara terus dari telefon tanpa wayar.
Bagi kesahihan Label MCMC, semakan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi Check Your Label yang boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store. Selain itu, anda juga boleh menyemak menerusi pangkalan data pemerakuan dengan menggunakan nombor pengenalan pembekal, nombor IMEI atau nombor siri peralatan secara atas talian di www.ecomm.sirim.my.
Jika anda mahu mendapatkan telefon tanpa wayar Panasonic, ianya tersedia melalui jualan di Lazada dan Shopee.
Untuk mengetahui lebih banyak penawaran menarik dari Panasonic, layari halaman Facebook rasmi Panasonic Malaysia.
*Artikel ini dibawakan oleh Panasonic Malaysia.