Mengapa Penggunaan Perkakas Amat Penting Dalam Pemarkahan DxOMark?

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan pengeluar peranti lebih memfokuskan kepada inovasi 'hardware' atau perkakasan pada bahagian kamera telefon pintar berbanding perisian. Kebanyakan peranti dilihat hadir dengan lensa yang lebih besar dengan disertakan lensa tambahan.

markah DxOMark

Dengan adanya inovasi perkakasan berkenaan, ia bukan sahaja menguntungkan pengguna, malah turut memberi keuntungan kepada para pengeluar terutamanya. Ini kerana, penggunaan perkakasan mempunyai kaitan dengan sistem pemarkahan yang dikehendaki oleh DxOMark.

Mengapa penggunaan perkakasan penting dalam pemarkahan DxOMark?


Penggunaan perkakasan juga merupakan antara sebab mengapa peranti seperti Google Pixel dan iPhone sering berada di kedudukan bawah pada ranking DxOMark. Ia berikutan, peranti mereka tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh DxOMark.

markah DxOMark

Sebagai contoh, walaupun Google Pixel 4/4XL mempunyai kualiti pemprosesan imej yang paling cemerlang, namun ketiadaan lensa sudut lebar adalah antara punca mengapa ia mendapat skor yang lebih rendah dalam ujian DxOMark.

Begitu juga dengan pemarkahan zum, Google Pixel dan iPhone masih tidak menyertakan lensa periskop seperti kebanyakan peranti Android. Berikutan itu, ia turut memberi impak perbezaan mata dengan beberapa peranti yang berada di kedudukan teratas DxOMark.

Seperti yang dijelaskan oleh laman Android Authority, beberapa syarikat pengeluar telefon pintar menggunakan perkhidmatan dan nasihat dari DxOMark untuk mempertingkatkan kualiti kamera mereka mengikut kriteria pemarkahan DxOMark sendiri.

Kesimpulan


Secara kesimpulannya, penggunaan perkakasan kamera peranti bukan sahaja memberi impak yang besar buat dunia teknologi, tetapi ia juga menguntungkan para pengeluar peranti dalam menarik hati para pengguna. Skor DxOMark memberi impak kepada pengguna dalam membuat pilihan untuk membeli peranti.

Dalam erti kata lain, Google Pixel dan iPhone boleh diibaratkan menjawab peperiksaan dengan cemerlang, namun tidak menjawab kesemua soalan. Manakala peranti lain pula menjawab peperiksaan dengan sederhana, tetapi mengisi jawapan bagi semua soalan.

Jadi, adakah anda juga mementingkan skor DxOMark dalam mencari sesebuah peranti idaman? Tinggalkan komen anda.