Menarik! Cara Balas Semua Mesej Dengan Hanya Satu Aplikasi Sahaja

Apa perasaan anda bila melihat notifikasi yang banyak seperti foto diatas tetapi tidak mempunyai masa untuk membalas?

Terlalu sibuk dengan pekerjaan menjadikan kita tidak sempat untuk membuka satu persatu aplikasi bagi melihat mesej yang diterima.

Jika terdapat satu aplikasi yang bakal memudahkan anda untuk melihat dan dalam masa yang sama membalas setiap mesej walaupun berlainan platform, adakah anda akan menggunakannya?

Kalau jawapan anda ya, boleh teruskan membaca artikel ini dan jika tidak boleh klik sini untuk artikel yang lain.

DirectChat (ChatHeads for All) merupakan aplikasi yang mengintegrasikan beberapa aplikasi mesej kepada satu aplikasi tunggal.



Sebagai contoh, anda menerima mesej dari pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, BeeTalk, WeChat, Telegram tetapi membalas hanya dari satu aplikasi iaitu DirectChat.

Mudah bukan?

Anda tidak lagi perlu membuka satu-persatu aplikasi untuk menjawab mesej.

Cukup dengan membuka DirectChat, kesemua mesej yang diterima boleh dibaca dan dibalas secara pantas.

Antara aplikasi yang boleh ditambah ke dalam DirectChat adalah seperti berikut:

  • Whatsapp

  • Telegram

  • Messenger

  • Skype

  • Allo

  • Line

  • WeChat

  • BeeTalk

  • Lain-lain lagi






Ia mirip seperti bubble Facebook Messenger, oleh itu anda mudah menggerakkannya di sekitar skrin.







Muat turun DirectChat (ChatHeads for All) di PlayStore sekarang.