TM mengesahkan lagi 2 kes terbaru positif covid-19 melibatkan pekerja mereka
TM sebentar tadi telah mengesahkan 2 lagi kes positif Covid-19 melibatkan pekerja mereka. Sekaligus menjadikan 3 pekerja TM telah disahkan dijangkiti Covid-19 setakat ini.
Ia dimaklumkan menerusi laman Facebook TM Group beberapa jam yang lalu.
"We have identified two (2) new COVID-19 positive cases among Warga TM. This brings the total of COVID-19 positive cases amongst warga TM to date to three (3)." TM Group.
Menurut TM, salah seorang pekerja yang disahkan positif Covid-19 adalah pekerja dari Menara TM. Manakala seorang lagi adalah pekerja dari Menara TM Annexe 2 (TMA2).
Mereka masing-masing dipercayai kali terakhir berada di lokasi tersebut adalah pada 10 Mac dan 11 Mac 2020.
Susulan daripada 2 kes terbaru ini, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak TM dengan segera telah menutup serta merta operasi di Menara TM, TMA2 dan Menara TM Annexe 1 (TMA1).
Sementara kedua-dua mangsa pula telah di bawa ke hospital bagi menerima bantuan perubatan.
Pihak TM juga memaklumkan proses sanitasi di Menara TM ONE sudah pun selesai sepenuhnya. Walaubagaimanapun, hanya pekerja di bahagian operasi kritikal sahaja dibenarkan masuk ke dalam menara buat masa ini.
Pasukan Respon TM COVID-19 dengan kerjasama Kementerian juga sedang berusaha menjejaki para pekerja mereka yang lain yang mungkin pernah berhubung rapat dengan 2 pekerja yang positif Covid-19.
Untuk info lanjut tentang perkara ini, anda boleh layari laman rasmi Facebook TM Group. Atau hubungi talian bantuan TM di nombor 100.
Berkaitan
- TM Raih Anugerah Penyedia Perkhidmatan Infrastruktur Digital Paling Inovatif Di Global Business Outlook Awards 2021
- CEO TM Dinobat Sebagai "CEO Of The Year" Di Anugerah PC.com 2023
- TM Bangunkan Sistem Pengesanan Haba Awal Bagi Mengimbas Orang Ramai
- Pencemaran Udara Hampir Di Seluruh Dunia Turun Mendadak Sejak Penguatkuasaan Perintah Berkurung Kerana Covid-19
- TM Perkenal Polisi Kerja Hibrid, 3 Hari Di Pejabat, 2 Hari Di Mana-mana Sahaja
- TM Memohon Para Pelanggan Mereka Bersabar
- TM Dan USIM Jalin Kerjasama Strategik, Tingkat Pengalaman Pelajar Di Era Digital
- TM Terima 2 Lagi Anugerah Inovasi Antarabangsa
- Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?
- Ini Rupa Sebenar Virus Covid-19 Di Bawah Mikroskop Elektron