Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MENARA TERBAKAR

Menara Diguna Maxis, Celcom, Digi, Dan U-Mobile Yang Terbakar Sedang Dibaik Pulih

Diterbitkan Jun 9, 2022 · Dikemas kini Jun 9, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  dalam satu pemberitahuan memaklumkan bahawa telah berlakunya satu insiden kebakaran melibatkan sebuah menara komunikasi.

Kejadian yang berlaku pada hari Sabtu, 28 Mei 2022 lalu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Maxis yang digunakan secara bersama oleh penyedia perkhidmatan Maxis, Celcom, Digi, dan U-Mobile yang terletak di Bukit Bunga, Serting Tengah, Negeri Sembilan.

Akibat insiden itu, berlaku gangguan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di Felda Pasoh 3 dan Kampung Padang Lebar kerana ia telah memusnahkan kelengkapan dan kabel yang berada pada struktur menara tersebut.

Sebagai penyelesaian sementara untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya, semua penyedia perkhidmatan di menara tersebut telah melaksanakan solusi interim dengan mengaktifkan Mobile Communication Vehicle (MCV) dan Portable Base Transceiver Station (pBTS) ke lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba.

Sumber: mcmc

Baca juga:

  • Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5G Di Malaysia Setakat Ini
  • OPPO Find X5 Pro Kini Menyokong Rangkaian 5G DNB, Ini Cara Aktifkan
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY