Menangi Vivo V17 Jika Langgan Pelan Prepaid #BEBAS Dari Unifi Dan Tambah Nilai Minimum RM20

Berita baik buat pelanggan prabayar unifi mudah alih #BEBAS, kini anda berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada lapan pemenang untuk menangi vivo V17 dengan mengaktifkan prabayar unifi mudah alih #BEBAS sekarang.

Vivo Malaysia dan Unifi Mobile menawarkan ganjaran yang menarik bagi mereka yang mengaktifkan prabayar mudah alih #BEBAS dan melakukan tambah nilai sebanyak RM 20 ke atas semasa tempoh penawaran ini. Tawaran ini bermula dari 22 Januari yang lalu sehinggan 29 Februari 2020.

Selain itu, tawaran ini bukan sahaja terbuka kepada pelanggan baru, malah kepada penguna #BEBAS unifi yang sedia ada juga.

Vivo V17 hadir dengan rekaan lubang kamera 32MP yang diberi nama “Ultra O Screen”. Peranti dijana oleh Snapdragon 675 berserta 8GB RAM dan storan 256GB. Untuk kamera belakang, terdapat kuad kamera dengan48MP (f/1.8) utama + 8MP (f/2.2) ultralebar + 2MP (f/2.4) makro + 2MP (f/2.4) depth.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Unifi dan Facebook vivo Malaysia.