Menangi ROG Phone Dengan Setiap Pembelian Komputer Riba ROG

Bersempena dengan musim perayaan Christmas yang bakal tiba, ASUS Malaysia akan mengadakan peraduan memenangi ROG Phone dengan setiap pembelian komputer riba ROG. Sebanyak 2 pemenang akan dipilih untuk memenangi peranti ROG Phone yang bernilai RM 3499 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlulah membeli komputer riba ROG yang terpilih dan mendaftarkan diri anda untuk berpeluang untuk memenangi ROG Phone tersebut. Model komputer riba ROG yang terlibat adalah:

  • ROG G703GI

  • ROG Zephyrus (GX501GI)


  • ROG Zephyrus M (GM501GS/GM)



  • ROG STRIX SCAR II (GL504GS/GM)

  • ROG STRIX HERO II (GL504GM)

  • ROG STRIX SCAR EDITION (GL703GS/GM)


Peraduan ini akan berlangsung dari 22 November 2018 sehingga 31 Disember 2018. Untuk mereka yang sudah membeli komputer riba ROG yang terpilih, boleh mendaftarnya di SINIUntuk maklumat lanjut, layari laman Facebook ASUS Malaysia.