Menangi Hadiah Sehingga RM 3,000 Dari OnePlus Sempena Bulan Kemerdekaan

Kita kini sedang berada di salah satu bulan terpenting dalam sejarah negara yang disayangi ini. Dalam bulan Ogos inilah negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan daripada penjajah 61 tahun yang lalu.

Maka sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan kali ini, OnePlus Malaysia menerusi pengedar rasminya, Mi Han Sdn Bhd menawarkan peluang untuk semua pemilik peranti OnePlus 6 untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Caranya mudah sahaja, untuk menyertainya, anda cuma perlu mengambil foto menarik menggunakan peranti OnePlus 6 A6003 yang diedarkan oleh Mi Han Sdn Bhd. Kemudian, ikuti langkah di bawah untuk berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM 3,000 :

1. Ikuti @mys.oneplus di Instagram dan like kiriman di bawah

2. Tag 3 orang rakan pada kiriman berkenaan untuk menyebarkan maklumat tentang pertandingan ini

3. Kirimkan foto yang anda ambil di profil anda. Pastikan tera air 'Shot on OnePlus' telah diaktifkan sebelum mengambil gambar. Sertakan tanda pagar #MiHanMY #MYShotonOnePlus6 #SayangiMalaysiaku. Pastikan juga profil anda telah ditetapkan sebagai public.

4. Nyatakan maksud tersirat pada foto anda pada kapsyen kiriman.

Harus diingatkan bahawa hanya pemilik peranti OnePlus 6 edaran Mi Han Sdn Bhd sahaja yang layak untuk turut serta. Bagi menyemak status peranti anda, anda boleh lakukannya di sini.

Peserta juga dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu foto. Jadi, anda perlu gunakan peluang ini untuk menyerlahkan kreativiti anda.



Penyertaan akan ditutup tepat pukul 11:59 pm pada tarikh 31 Ogos nanti. Pemenang akan diumumkan dan dihubungi secara terus dalam masa dua minggu atau lebih oleh pihak OnePlus Malaysia.

Pemenang tempat pertama akan menerima RM 3,000, tempat kedua RM 2,000, ketiga RM 1,000 dan 10 orang pemenang saguhati akan menerima RM 200 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui syarat lengkap bagi menyertai pertandingan ini, anda boleh melawat ke pautan rasmi pertandingan di laman Instagram rasmi OnePlus Malaysia.

Selamat mencuba dan semoga berjaya kepada anda semua !

Sumber