Menangi Hadiah RM 10,000 Dan Peluang Bermain Dengan Pemain Badminton Negara

Jika anda seorang peminat sukan badminton, ini adalah peluang keemasan anda untuk bermain dengan pemain badminton negara seperti Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon.

Baru-baru ini, Huawei mengumumkan akan mengadakan kejohanan Huawei Watch Fit pada 26 dan 27 September 2020 di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur.



Untuk menyertai kejohanan ini, anda hanya perlu membeli Huawei Watch Fit yang berharga RM 499 dan akan mula dijual pada 9 September di Huawei Store. Kemudian anda boleh mendaftar.

Pada masa yang sama, Huawei juga menawarkan rebat sebanyak RM 100 bagi setiap pembelian dua unit jam pintar tersebut dan tawaran ini sah sehingga 9 Oktober.

Bagi anda yang menyertai kejohanan ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM 10,000 untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Cara-cara untuk menyertai kejohanan Huawei Watch Fit



  1. Beli Huawei Watch Fit bermula 9 September (simpan Order ID jika pembelian atas talian atau nombor siri produk jika pembelian secara fizikal)

  2. Daftar di sini menggunakan order ID atau number siri produk bermula 9 hingga 20 September 2020.

  3. Bersiap sedia untuk menyertai kejohanan ini pada 26 dan 27 September 2020.


Hadiah-hadiah kejohanan mengikut kategori


Kategori yang dipertandingkan termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran.
Juara


  • Wang tunai RM 10,000 dan perlawanan persahabatan dengan Goh Liu Ying dan/atau Chan Peng Soon

  • Athlete Fitness Package sumbangan Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM 2,100 untuk setiap pemain


Naib Juara


  • Wang tunai RM 5,000

  • Premier Wellness Package sumbangan Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM 1,800 untuk setiap pemain


Tempat Ketiga


  • Wang tunai RM 3,000

  • Fitness Wellness Package sumbangan Institut Jantung Negara (IJN) bernilai RM 750 untuk setiap pemain