Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM42,000 Di OPPO Reno Festive Virtual Marathon 2020

Jika anda seorang yang aktif bersukan, OPPO Malaysia mengajak anda untuk sertai larian maya di OPPO Reno Festive Virtual Marathon 2020 yang akan berlangsung pada 13 Disember hingga 3 Januari 2021.



Anda perlu buat pendaftaran mulai hari ini sehingga 12 Disember melalui laman ini dan pilih pakej yang anda mahu.

Terdapat 3 pakej dengan harga berbeza - pakej asas (percuma), pakej earlybird (RM49) dan pakej biasa (RM59). Namun, jika anda ahli OPPO, anda akan dapat diskaun serta bayaran sebanyak RM43 (terhad 300 terawal).



Pakej asas akan menerima e-sijil sahaja sementara pakej lain akan menerima tambahan baju-T, medal maya AR serta baucar OPPO.

Selain itu, peserta dapat melihat carta kedudukan peserta (leaderboard) sepanjang acara ini berlangsung. Peserta yang berada di kedudukan 10 terbaik pada akhir nanti akan menangi hadiah wang tunai dan produk OPPO.



Tambahan lagi, OPPO juga adakan pertandingan Snap & Win iaitu peserta boleh ambil gambar semasa berlari sambil guna Reno Filter.

Kemudian muat naik di Instagram beserta kapsyen "I've completed XX KM in OPPO Reno Festive Virtual Marathon 2020" beserta tanda pagar #OPPORenoMarathon2020.