Menangi Barangan ROG Sempena Pembukaan Semula ASUS ROG Concept Store Di Plaza Low Yat

Bertempat di Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada Jumaat, 13 Disember ini, kedai konsep ASUS ROG akan dibuka semula. Jadi, bersempena meraikan pembukaan tersebut, ASUS mengadakan promosi barangan dan juga tebusan hadiah.

Ekslusif untuk hari itu sahaja, pihak ROG akan mengadakan pemberian barangan ROG secara percuma. Untuk menyertainya:

  • Ambil swafoto atau beramai-ramai di kedai ASUS ROG.

  • Muat naik gambar diambil ke Facebook atau Instagram (kiriman harus ditetapkan ke public).

  • Sertakan tanda pagar  #ROGStoreMY #ROGMY bersama-sama gambar.




Selain itu, terdapat juga jualan khas pada 13 - 15 Disember ini. Jika anda membeli mana-mana laptop, komputer, atau telefon pintar ROG, anda boleh mendapat hoodie ROG secara percuma. Anda juga boleh mendapat naiktaraf percuma RAM 4GB untuk laptop ROG dan juga laptop gaming TUF.

Berkaitan