Menangi Barangan Edifier Semasa Menonton Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Bersempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di Rusia ketika ini, Inter-Asia menawarkan hadiah berupa pembesar suara Edifier B1. Inter-Asia merupakan pengedar rasmi untuk barangan Edifier di Malaysia.




Bagaimana Untuk Menyertai Pertandingan Ini?


Setiap peserta perlu memilih pasukan mana yang akan menjulang Piala Dunia 2018. Pemenang akan dipilih secara rawak selepas perlawanan akhir pada 15 Julai 2018. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Untuk memilih pasukan anda, sila layari laman sesawang Edifier untuk menyertai pertandingan ini.

Kapsyen: *Setiap peserta memerlukan satu e-mel bagi setiap pilihan pasukan


Tempoh pertandingan dibuka sekarang sehigga 15 Julai 2018. Pemenang Edifier B1 Soundbar akan diumumkan selepas perlawanan akhir Piala Dunia 2018.