Menangi ASUS Zenfone Max Pro Menggunakan Facebook dan Instagram Anda Sekarang

Syarikat telekomunikasi terkemuka, ASUS kini sedang menawarkan 30 unit ASUS Zenfone Max Pro (M1) untuk dimenangi oleh warganegara Malaysia yang bertuah secara percuma melalui pertandingan 'Swap My Phone'. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu membuat kiriman pada Facebook Stories dan Instagram Stories anda sahaja.



Langkah bagi penyertaan melalui Facebook Stories adalah seperti berikut :

  1. Ikuti laman Facebook ASUS Malaysia

  2. Buat satu kiriman berkenaan 'Mengapa ia adalah impian saya untuk menukar telefon pintar saya kepada ASUS Zenfone Max Pro (M1)?' di Facebook Stories anda

  3. Letakkan hashtag #SwapMyPhone dan #GameKawKaw pada kiriman tersebut

  4. Simpan & muat naik story tersebut di Kiriman Pertandingan.




Manakala, bagi penyertaan melalui Instagram Stories pula, langkahnya adalah seperti dibawah :

  1. Ikuti laman Instagram ASUS Malaysia

  2. Buat satu kiriman berkenaan 'Mengapa ia adalah impian saya untuk menukar telefon pintar saya kepada ASUS Zenfone Max Pro (M1)?' di Instagram Stories anda

  3. Letakkan hashtag #SwapMyPhone dan #GameKawKaw dan tag ASUS Malaysia pada kiriman tersebut

  4. Tinggalkan komen anda di Kiriman Pertandingan agar ASUS Malaysia tidak terlepas pandang berkenaan penyertaan anda.


Jangan lupa untuk tetapkan profil anda kepada 'Public' atau penyertaan anda mungkin tidak dapat dinilai oleh pihak ASUS.

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia da akan berjalan bermula dari 14 Mei sehinggalah penyertaan ditutup pada jam 11.59 malam pada tarikh 21 Mei nanti. Semoga berjaya!

Sumber