Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kejohanan Piala Haier 2023

Menang Mesin Basuh Haeir 2 Dalam 1 Dengan Sertai Kejohanan Badminton Piala Haier 2023

Diterbitkan Jun 7, 2023 oleh ariff bukhari

Haier Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar dalam Kejohanan Badminton Piala Haier 2023 yang julung-julung kali diadakan.

Piala Haier 2023 akan berlangsung dari 24 Jun hingga 30 Julai 2023, meliputi tiga buah negeri – Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Kejohanan Piala Haier 2023

 

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dengan menampilkan empat kategori termasuklah perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, dan beregu wanita.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 setiap orang bagi kategori perseorangan dan RM50 setiap pasangan bagi kategori beregu.

Berikut adalah butiran hadiah pemenang bagi peringkat negeri dan perlawanan akhir Piala Haier 2023:-

 

Kejohanan Piala Haier 2023

 

Di samping hadiah, enam daripada juara utama akan memenangi peluang yang unik dan perjalanan dengan semua perbelanjaan dibayar ke Thailand untuk mengambil bahagian dalam kem badminton selama dua hari dari 13 hingga 14 Ogos 2023.

Kem badminton ini akan dilatih oleh pemain beregu campuran handalan Thailand, Popor Sapsiree Taerattanachai.

Para peserta boleh melayari https://bit.ly/HaierCup2023 untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran.

Berkaitan

  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • realme C53 Berharga RM699, Smart TV 4K Untuk RM1099 Dan Penapis Udara Bernilai RM699
  • Sertai Peraduan Fotografi Huawei, Berpeluang Menang P60 Pro

Sumber: Siaran Media Haeir

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY