Meminati iPhone X Dan Huawei P20 Pro Twillight? Motorola Ada Peranti Yang Sesuai Untuk Anda

Apple iPhone X dan Huawei P20 Pro adalah dua peranti yang memimpin industri telefon pintar sepanjang tahun ini. Kedua-dua peranti itu memiliki kelebihan masing-masing, namun mereka juga mempunyai persamaan iaitu masing-masing mempunyai reka bentuk luaran yang mempersonakan.

Sejak P20 Pro diperkenalkan, kebanyakan pengguna yang menggemari peranti yang memiliki rupa paras menawan pasti menyimpan impian untuk memiliki salah satu di antara dua peranti perdana ini. Namun, harganya yang agak tinggi seringkali menjadi penghalang.

Kredit : Motorola


Bagaimanapun, kini Motorala sudah ada penyelesaiannya. Mereka memperkenalkan peranti P30 yang dibangunkan hasil gabungan reka bentuk iPhone X dan P20 Pro Twillight. Malah, mereka turut menggelar rekaan warna perantinya sebagai Aurora, sama seperti yang digunakan oleh Huawei pada peranti Honornya.

Akan tetapi, ia bukanlah pengganti kepada dua peranti perdana tersebut. Ini kerana Motorola P30 dijangka hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan sahaja, di mana ia menggunakan cip Snapdragon 636, memori 6GB serta bateri 3,000 mAh jika maklumat hasil tirisan atas talian adalah tepat.


Satu lagi variasi warna P30 ( Kredit : AndroidPure )


Setakat ini, Motorola belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi dan tarikh pelancaran peranti ini. Terdapat juga ura-ura menyatakan mereka mungkin menghasilkan model P30 Pro dengan spesifikasi lebih baik.

Model ini juga mungkin adalah model yang sama dengan Motorola One yang beberapa kali tertiris atas talian. Kami akan cuba untuk terus menyampaikan maklumat terkini berkenaan peranti ini kepada anda pada masa akan datang.

Kredit Imej Papar : Android Authority

 

Sumber