Membaca Buku Tanpa Perlu Membuka Buku







Sekumpulan penyelidik dari Massachusetts
Institute of Technology telah menemukan cara untuk membaca tanpa perlu menyelak
setiap helaian buku yang tertutup. Sejenis radiasi yang dipanggil terahertz
digunakan dalam teknologi ini. Berbekalkan sebuah kamera yang memancarkan
radiasi terahertz dan sebuah buku, mereka berjaya mengenalpasti huruf-huruf
yang terkandung dalam 9 helai muka surat.





Radiasi terahertz adalah sejenis radiasi
elektromagnetic. Ia berada diantara gelombang mikro dan radiasi inframerah, dan
digunakan untuk analisa bahan yang tidak mudah musnah. Dalam kaji selidik ini,
radiasi terahertz digunakan untuk membezakan dakwat dan helaian kertas. Kamera
akan memancarkan radiasi terahertz dan pantulan radiasi akan diterima oleh
sebuah pengesan.




Buat masa ini, ia hanya mampu membaca
setebal 20 helai muka surat dan mengesan huruf secara tepat sebanyak 9 helai
muka surat. Kumpulan penyelidik tersebut sedang giat menambahbaik teknologi
ini. Dengan adanya teknologi membaca tanpa perlu membuka buku ini, ia sangat
berguna untuk kegunaan mengkaji buku-buku lama yang mudah rosak serta manuskrip
yang berkaitan dengan sejarah.





Sumber: cnet