Melihat Sedikit Ke Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 – Bahagian 2

Sebelum ini telah dibincangkan tentang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dalam bahagian satu.

Secara umumnya, boleh difahami secara jelas bahawa mendedahkan data peribadi pihak lain kepada umum tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Namun begitu terdapat pengecualian di mana data peribadi seseorang boleh didedahkan kepada umum.

Di bawah Subseksyen, Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ada menjelaskan perkara ini.




(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang menunjukkan—








(a) bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu—

(i) adalah perlu bagi maksud menghalang atau mengesan sesuatu jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau

(ii) adalah dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang- undang atau oleh perintah suatu mahkamah;

(b) bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia ada hak di sisi undang-undang untuk mengumpul atau menzahirkan data peribadi itu atau untuk menyebabkan penzahiran data peribadi itu kepadam orang lain;




(c) bahawa dia bertindak dengan kepercayaan yang munasabah bahawa dia akan mendapat persetujuan pengguna data jika pengguna data itu mengetahui mengenai pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu dan hal keadaan mengenainya; atau

(d) bahawa pengumpulan atau penzahiran data peribadi itu atau perihal menyebabkan penzahiran data peribadi itu adalah berjustifikasi oleh sebab ia berkepentingan awam dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Menteri.

Ringkasnya, mendedahkan data peribadi seseorang kepada umum adalah dibenarkan (berdasarkan keadaan semasa) sekiranya data peribadi itu perlu digunakan untuk membantu siasatan pesalah jenayah atau untuk kepentingan awam.

Kes yang paling mudah dan terbaru yang boleh dijadikan contoh di sini adalah seperti kes PDRM yang telah mendedahkan nama dan wajah suspek ketua sindiket Macau Scam dan judi dalam talian iaitu Goh Leong Yeong yang menjadi buruan polis selepas suspek memanjat keluar dari pagar SPRM bagi melarikan diri daripada ditahan pihak Polis.

Sebelum kejadian itu berlaku, orang awam masih tidak mengetahui secara jelas siapakah individu tersebut sehinggalah ia didedahkan oleh PDRM bagi tujuan mencari supek yang telah melarikan diri itu.

Hasil pendedahan info peribadi itu, akhirnya suspek telah berjaya ditahan oleh pihak PDRM baru-baru ini.

Untuk bahagian akhir nanti, akan dibincangkan pula adakah masih releven Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diguna pakai ketika ini.

Serta apakah langkah kerajaan dalam memperkasakan hak perlindungan data peribadi rakyat Malaysia keseluruhannya pada masa hadapan.