Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meja PC Secretlab Siap Dengan Ciri Magnetik Dan RGB

Meja PC Secretlab Siap Dengan Ciri Magnetik Dan RGB

Diterbitkan April 28, 2021 oleh Wiser MY

Pengeluar kerusi permainan terkenal Secretlab baru sahaja memperkenalkan meja komputer pertama bernama Magnus Metal Desk.

Meja ini tampil dengan ekosistem magnetik yang boleh membantu pengguna mengurus kabel dengan aksesori magnetik. Ia juga dilengkapi satu bahagian di belakang meja yang boleh menyimpan kabel dengan lebih kemas.

Meja PC Secretlab Siap Dengan Ciri Magnetik Dan RGB
imej dari secretlab

Disamping penggunaan magnet untuk menyimpan kabel, meja Secretlab juga memperkenal tikar meja baharu. Magpad Desk Mat adalah tikar yang melekat secara magnet supaya tidak bergerak-gerak dan lebih selamat semasa bermain atau bekerja.

Meja ini mempunyai dua jenis keluasan iaitu 59 inci dan 47 inci (akan datang). Tinggi meja adalah 29 inci dengan kebolehan menaikkan meja sehingga 0.8 inci untuk kesesuaian pengguna.

Selain itu, bahagian belakang meja juga bole ditambah jalur cahaya RGB magnetik untuk penampilan lebih bergaya.

Magnus Metal Desk akan mula dilancarkan di US, EU, dan Singapura dengan harga $449 (RM1,842). Cas tambahan akan dikenakan untuk tambahan aksesori magnetik.

Sumber: the verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY