Meizu Turut Akan Hadir Dengan Telefon Berkamera 48MP Tidak Lama Lagi

Meizu merupakan sebuah jenama telefon pintar dari China yang diasaskan oleh Jack Wong pada tahun 2003.

Ia mungkin tidak terlalu popular berbanding "sahabat" senegara mereka yang lain seperti Huawei, Oppo dan Xiaomi, namun mereka juga ada menawarkan telefon pintar dengan beberapa ciri menarik.

Terbaru, mereka dijangka akan turut melancarkan sebuah peranti dengan kamera berlensa 48MP, salah satu ciri yang sedang hangat dalam industri telefon pintar ketika ini.

Kapsyen: Weibo


Peranti yang dimaksudkan ialah Meizu Note 9. Selain kamera berkualiti, keluaran terbaru Meizu ini juga didakwa akan disokong oleh bateri berkapasiti besar, 4000mAh.

Selain itu, peranti ini juga dikatakan akan menggunakan sistem cip terbaharu Snapdragon 6150.

Cip tersebut dilaporkan bakal muncul sebagai cip kelas pertengahan berdasarkan markah yang diterima di laman penanda aras Geekbench(2598 teras tunggal, 5467 teras pelbagai).

Bagaimanapun, Meizu diramal tidak akan melancarkan peranti tersebut dalam masa terdekat memandang Meizu Note 8 baru sahaja diperkenalkan hujung Oktober lalu.

 

Sumber: GizChina