Meizu M6 Note Edisi One Piece Bakal Didagangkan Di China

Tahun ini merupakan ulangtahun ke 20 manga popular dari Jepun, One Piece, setelah ia pertama kali dikeluarkan pada Julai 1997.

Lebih dikenali sebagai Budak Getah di Malaysia, ia mengisahkan pengembaraan lanun bernama Luffy dan nakama-nya dalam mencari One Piece di samping menampilkan pertarungan hebat menentang Marines dan Yonko.

Sudah pasti, manga terkenal ini mempunyai pengikut yang besar, lebih-lebih lagi di China dan melihat kepada itu, Meizu telah membawakan telefon pintar M6 Note edisi khas One Piece ke dalam pasaran di sana.

Peranti edisi istimewa ini hadir dengan skrin paparan 5.5 inci dan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 625, disamping dwi kamera utama 12MP+5MP. Dibahagian hadapan pula ia membawakan kamera selfie 16MP dan yang paling penting sekali adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Edisi istimewa One Piece ini tampil garang dengan rekaan merah sepenuhnya di belakang disamping logo "Topi Jerami" berwarna kuning keemasan. Selain itu, pengecas telefon ini turut dihiasi dengan logo yang sama.

Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan dengan wallpaper, ikon dan widget yang bertemakan One Piece.

Difahamkan ia akan mula didagangkan di China bermula 25 September ini dengan dua variasi iaitu...

  1. RAM 3GB dan Storan 32GB - RMB 1,699 (~RM 1081)

  2. RAM 4GB dan storan 64GB - RMB 2399 (~RM 1527)


https://www.youtube.com/watch?v=zz2RfszVprk