Meizu M5 Sudah Mula Dipasarkan Di Malaysia Dengan Harga RM599

Telefon pintar Meizu M5 buatan China sudah mula memasuki pasaran Malaysia. Model ini pertama kali dilancarkan di tanah besar China pada bulan Oktober yang lalu. Pada mulanya, M5 diumumkan dikeluarkan eksklusif untuk pasaran China, tetapi selepas itu ia mula memasuki pasaran negara lain seperti Itali, Rusia dan India.

Terdapat dua variasi warna untuk M5, warna hitam dan warna emas. Selain membeli dari pengedar sah, anda juga boleh memiliki Meizu M5 secara pra-tempah yang dibuat pada laman beli-belah atas talian seperti Lazada, 11Street, serta Gemfive dan dijangka penghantaran akan dibuat seawal 20 Februari ini.

M5 merupakan telefon pintar bajet keluaran Meizu yang dijual pada harga RM599, dan berikut adalah spesifikasi model tersebut:

  • Skrin paparan IPS LCD 5.2 inci

  • Android Marshmallow 6.0

  • Cip pemproses Mediatek MT6750 | Cortex-A53 1.5GHz 8-teras | Mali-t860MP2

  • storan dalaman 16GB/RAM 2GB | 32GB/3RAM 3Gb

  • slot kad mikroSD untuk memori tambahan sehingga 256GB

  • Kamera utama 13 megapiksel | kamera swafoto 5megapiksel

  • Sensor: pengimbas cap jari, gyro, accelerometer, proximity, kompas

  • Bateri 3070 mAh


Mula buat pra-tempah di Lazada, 11Street dan Gemfive atau boleh beli terus di senarai pengedar sah yang berhampiran dengan anda.

Sumber: Dynamic Distribution