Meizu Akan Keluarkan Peranti Android Go

Meizu sebuah nama telefon pintar yang kurang dikenali di luar China dan mungkin juga di negara ini dikhabarkan sedang menghasilkan sebuah peranti yang menggunakan sistem operasi Android Go.

Berita ini dikongsikan oleh Ketua Pemasaran Global Meizu, Ard Boudeling melalui akaun twitternya.

https://twitter.com/ArdCB/status/988780466550509570

Setakat ini tidak ada kepastian di mana peranti ini akan dijual tetapi besar kemungkinan mungkin hanya di China. Meizu masih mencari pasaran di luar China dan peranti dengan sistem operasi Android yang asli mendapat permintaan yang tinggi di India.

Setakat ini cuma Xiaomi yang berjaya menguasai sebahagian besar pasaran India dengan produk-produk mereka.

Apa itu Android Go?