Antara model telefon pintar premium terbaru yang akan dilengkapi dengan SD 865 tahun hadapan.
Meizu memaklumkan bahawa model telefon pintar premium terbaru mereka iaitu Meizu 17 akan menjadi antara peranti Android terawal yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 .
Ia dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Meizu, Liang Dongming alam satu temubual baru-baru ini.
Beliau juga memaklumkan, mereka akan memperkenalkan sebanyak 4 model terbaru telefon pintar 5G dalam tahun 2020 nanti.
Ketika ini, model premium peranti mereka iaitu Meizu 16 dikuasakan oleh Snapdragon 710.
Meizu merupakan antara pengeluar telefon pintar dari China yang sedang meningkat naik. Mereka popular dengan penawaran peranti berprestasi pada harga yang mampu milik.
Qualcomm telah pun mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka iaitu Snapdragon 865 yang akan mula digunakan pada barisan model telefomn pintar premium tahun hadapan.
Antara pengeluar terawal yang disahkan akan menggunakan SD 865 dalam peranti mereka termasuklah Oppo, Xiaomi dan Vivo.
Setakat ini, prestasi Snapdragon 865 menjanjikan peningkatan kuasa pemprosesan sehingga 25% dari versi sebelumnya dan dijangka akan mampu menyaingi cip pemprosesan A13 Bionic dari Apple.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Qualcomm Bagi 'Hint', Windows 12 Dijangka Tiba Tidak Lama Lagi
- 4 Ciri Utama 'Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy' Yang Perlu Anda Tahu
- Qualcomm Dakwa Cip Komputer Snapdragon Mereka Lebih Pantas Daripada Apple M3
- Samsung Akan Mengilangkan Kesemua Siri Cip Pemprosesan Snapdragon 875
- FlipBuds Pro Menjadi TWS Pertama Di Dunia Menyokong Teknologi Bunyi Qualcomm Snapdragon
- Ini Tanda Aras Rasmi Snapdragon 8 Gen 3, Kalah iPhone 15 Pro Max
- Siri HONOR 100 Dilancar, Dikuasakan Snapdragon 7 Gen 3 Dan SD 8 Gen 2
- Penyelidik Menemui Pepijat Pada Cip Qualcomm Yang Mendedahkan Data Pengguna Telefon Pintar Samsung, Motorola Dan LG
- Cip Khas Snapdragon Didakwa Akan Terus Menguasakan Samsung Galaxy Pada Tahun Depan
- Helikopter NASA Di Planet Marikh Dikuasakan Oleh Cip Qualcomm Snapdragon