MediaTek Tolak Dakwaan Bantu Huawei Dapatkan Bekalan Cip TSMC

Huawei baru-baru ini telah dihalang untuk mendapatkan bekalan cip daripada TSMC setelah kerajaan AS menguatkuasakan peraturan baru. Sejak itu, pelbagai khabar angin muncul mengenai gergasi teknologi China yang mencari alternatif, dengan MediaTek dilihat sebagai pilihan yang sesuai. Kini, MediaTek secara rasmi telah menolak dakwaan tersebut.

mediatek huawei

Terdahulu, sebuah agensi berita Jepun telah mendakwa MediaTek akan membekalkan Huawei dengan cip TSMC secara tidak langsung. Pembuat cip tersebut akan membeli cip dari TSMC dan menjenamakan semula sebagai cip MediaTek sebelum menjual kepada Huawei.

Bagaimanapun, perkara ini telah dinafikan oleh MediaTek di mana ia juga telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Menurut jurucakap, MediaTek tidak akan melanggar undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan untuk membekalkan cip TSMC kepada Huawei. Laporan tersebut juga telah disahkan palsu dan syarikat itu menyatakan akan mematuhi undang-undang dan peraturan perdagangan global.

Sumber: GizmoChina