Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Mengambil Alih Intel Enpirion Dengan USD85 Juta

MediaTek Mengambil Alih Intel Enpirion Dengan USD85 Juta

Diterbitkan November 17, 2020 ยท Dikemas kini November 17, 2020 oleh Amsyar Latif

MediaTek yang merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam pembuatan cip pemproses mudah alih hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membelanjakan sekitar 2.4 bilion yuan (~USD85 juta) untuk mengambil alih Intel Enpirion, produk cip pengurusan kuasa melalui anak syarikatnya – Richtek.

intel enpirion power solutions

Melalui ini, MediaTek merancang untuk memperluaskan barisan produknya dalam menawarkan penyelesaian kuasa frekuensi tinggi dan kecekapan tinggi bersepadu.

Ia digunakan dalam FGPA, SoC, CPU dan juga ASIC untuk sistem aplikasi peringkat perusahaan.

intel enpirion

Mereka juga percaya dengan ini dapat memperluaskan penawarannya dalam segmen ini seterusnya membantu dalam mengembangkan skala operasi, tingkatkan prestasi perniagaannya dan daya saing.

Selain itu, MediaTek sedang giat bangunkan perniagaan pelayan ASIC dan dilaporkan juga telah dapat arahan daripada Google untuk mengintegrasikan barisan produk Intel Enpirion.

Dengan susun atur pelayan ini, MediaTek boleh menyediakan penyelesaian yang lebih lengkap terutamanya stesen pangkalan 5G.

Pada Julai yang lalu, ADI turut umum pengambil alihan Maxim dimana syarikat itu menjangkakan peningkatan bahagian pasaran global sebanyak 14 peratus.

Menerusi ini, kita pasti akan dapat lihat pembaharuan yang akan dibawakan MediaTek pada masa hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY