MediaTek Helio G85 Diperkenalkan Secara Rasmi

Anda mungkin pertama kali mendengar nama cip ini pada pelancaran Redmi Note 9 yang dilangsungkan pada minggu lalu. Namun pada waktu itu, spesifikasi terperinci mengenainya tidak didedahkan lagi.

Penampilan MediaTek Helio G85 kini telah dibuat secara rasmi, dimana ia hadir dengan pemprosesan grafik lebih baik berbanding Helio G80 tetapi CPU masih kekal sama.

Cip pemproses terbaru dalam siri Gaming G ini dimuatkan dengan GPU Mali-G52 pada kelajuan 1GHz, berbeza dengan Helio G80 yang ditetapkan pada 950MHz.



Bahagian Helio G85 merupakan cip merupakan 8 teras; 2 teras Cortex A75 (2GHz) dan selebihnya adalah Cortex-A55 yang dioperasikan pada kelajuan 1.8GHz.

Selain daripada teknologi HyperEngine, pertaruhan MediaTek kali ini adalah tambah baik pada fungsi AI kamera, sokongan untuk kombinasi lensa sudut lebar, teleskopik, makro dan saiz sensor sehingga 48MP.

Ia turut menyediakan sokongan penggunaan dwi kad SIM 4G, navigasi bagi kedudukan yang lebih tepat, liputan yang lebih baik serta jimat tenaga.

Buat masa sekarang, Helio G85 hanya didapati pada Redmi Note 9 dan ia mungkin hadir pada model-model pertengahan lain pada masa akan datang.

Sumber: MediaTek