MediaTek Berpendapat Harga Telefon Pintar Terlalu Tinggi

Pembuat cip MediaTek sedang bersedia untuk memperkenalkan siri chip Helio P60 terbaru mereka yang menjanjikan harga yang lebih rendah untuk produk yang premium.

Syarikat semikonduktor dari Taiwan itu melihat trend pengguna yang mahukan peranti yang cukup berkuasa tetapi tidak mahu membelanjakan wang yang begitu tinggi.



Fungsi sepertiĀ Virtual Reality (VR) yang jarang digunakan dan juga kelajuan data 5G yang masih belum dilancarkan oleh semua negara mengakibatkan pelanggan terpaksa membayar lebih untuk fungsi-fungsi tersebut.

Dalam masa yang sama, peranti kelas pertengahan boleh memberikan saingan kepada peranti utama tanpa perlu berbelanja besar bagi mendapatkannya. MediaTek menggelarkan peranti yang memakai Helio P60 sebagai premium yang baru dan merancang untuk membuat perubahan di dalam dunia telefon pintar.



Cip Helio P60 menekankan tentang jangka hayat bateri di samping kualiti gambar yang diambil. MediaTek sedang bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar seperti Lenovo, Oppo, Gionee, Meizu dan Xiaomi untuk memperlengkapkan peranti mereka dengan Helio P60.

Sumber