Media Prima Diserang Ransomware, Dilapor Perlu Bayar Wang Tebusan Sehingga 1000 BTC

Sistem komputer syarikat Media Prima Bhd telah diserang oleh ransonware sejak Khamis minggu lepas. Ransomware merupakan satu jenis serangan digital yang memerlukan wang tebusan dalam bentuk matawang kripto dibayar oleh mangsa untuk mendapatkan semula akses kandungan komputer mereka.

Menurut laporan The Edge Market, wang tebusan sebanyak 1000 BTC atau lebih kurang RM 26,406,491 perlu diberikan kepada penyerang untuk mengembalikan sistem e-mel mereka seperti sediakala.

 

Bagaimanapun, sumber memaklumkan bahawa Media Prima enggan memberi sebarang komen balas mengenai laporan ini.

Media Prima juga difahamkan enggan menuruti kehendak penyerang dan telah mengalihkan sistem e-mel mereka kepada G Suite. Tambahan lagi, samada laporan polis akan dibuat oleh pihak syarikat atau tidak juga masih belum diketahui setakat ini.

 

Sumber: The Edge Market