Medal Sukan Olimpik Di Tokyo Bakal Dihasilkan Dari Bahan Buangan Telefon Pintar








Pihak penganjur Sukan Olimpik Di Tokyo bakal tampil dengan
idea yang menarik untuk temasya sukan terbesar di dunia itu. Mereka berhasrat
untuk menghasilkan pingat emas, perak dan gangsa diperbuat daripada bahan
buangan peranti digital atau e-waste. E-waste terdiri daripada logam-logam
digunakan dalam pembuatan komponen peranti serta barangan elektronik lain yang
sudah tidak berfungsi lagi.













Menurut laporan dari Nikkei Asian Review, perjumpaan telah
berlangsung antara pihak penganjur, pegawai kerajaan, dan beberapa pihak yang
terlibat bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.






Jepun bukanlah sebuah negara yang yang kaya dengan sumber
asli seperti negara lain, tetapi mereka mempunyai “lombong” untuk e-waste itu.
Tambah Nikkei lagi, emas dan perak yang terkandung di dalam bahan buangan
elektronik di Jepun mencukupi untuk menghasilkan medal Sukan Olimpik.