MCMC Sedang Siasat Berhubung Grup Pornografi Dengan Lebih 35K Ahli Di Telegram

Beberapa hari lepas, kecoh mengenai isu penyebaran gambar wanita dalam satu grup Telegram. Menurut laporan SAYS.com, grup Telegram dengan nama "V2K" itu mempunyai lebih 35,000 ahli.

Isu ini mula timbul apabila seorang wanita menyedari gambar bersama rakan-rakannya disebarkan melalui grup tersebut dan mula menerima permintaan rakan dengan mesej seksual daripada orang yang tidak dikenali.

Wanita yang terlibat kemudiannya membangkitkan isu tersebut di media sosial yang kemudiannya membuatkan lebih ramai mangsa mengetahui gambar mereka telah dikongsi dalam grup tersebut tanpa pengetahuan.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1311982134899302401

Salah seorang mangsa yang terlibat telah pun melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kini, MCMC telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu itu.

MCMC telah memaklumkan kepada Telegram untuk tindakan lebih lanjut. Sebagai tambahan, kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilakukan, serta isu ini telah dikemukakan kepada Interpol untuk bantuan lebih lanjut.