Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Raih Anugerah Bangunan Hijau Besar Terbaik 2021

MCMC Raih Anugerah Bangunan Hijau Besar Terbaik 2021

Diterbitkan Mac 27, 2022 ยท Dikemas kini Mac 27, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa mereka telah berjaya meraih Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2021 bagi kategori Bangunan Cekap Tenaga iaitu Bangunan Hijau Besar Terbaik pada Majlis Anugerah NEA yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2022 lalu.

Screenshot 2022-03-27 at 1.17.13 PM

Bangunan MCMC HQ Tower 1 yang merupakan mercu tanda utama di Cyberjaya dipilih untuk anugerah itu berdasarkan kepada beberapa aspek utama seperti reka bentuk bangunan hijau, operasi serta penyelenggaraannya.

MCMC menyatakan, antara usaha-usaha yang diambil untuk mencapai status bangunan hijau itu termasuklah tumpuan kepada penjimatan tenaga, kecekapan air serta kualiti persekitaran di dalam bangunan dan kelestarian alam sekitar.

Screenshot 2022-03-27 at 1.18.48 PM
Suasana di bahagian bumbung bangunan MCMC HQ Tower 1 yang mesra alam sekitar.

Kuasa solar, taman hijau di bumbung bangunan, penuaian hujan dan angin serta kolam ikan Koi adalah antara ciri-ciri yang kelihatan di MCMC HQ Tower 1 dalam usaha pihak Suruhanjaya itu mengekalkan persekitaran hijau.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY