MCMC: Pengguna Berhak Dapat Kualiti Perkhidmatan Terbaik

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengeluarkan kenyataan untuk menggesa pihak penyedia perkhidmatan komunikasi perlu berikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

Ia adalah termasuk perkhidmatan yang baik semasa pemasangan, kualiti perkhidmatan ketika digunakan, pengurusan aduan pengguna yang cepat dan tepat serta dilayan dengan baik.

Namun, pengguna tidak akan mendapat perkhidmatan yang baik jika enggan memberi kerjasama kepada penyedia perkhidmatan.

Tambahan, pengguna tidak akan dapat penyelesaian serta hak pengguna tidak terpakai jika tanggungjawab tidak dilaksanakan pengguna seperti melaporkan kepada mereka.

Segala aduan boleh dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan terlebih dahulu dan sekiranya tidak memuaskan, pengguna boleh buat aduan di Portal Aduan MCMC.

Sumber: MCMC