https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1320534577568305153
Sepanjang tempoh ini, MCMC menyatakan tidak lagi akan menerima permohonan lesen baharu bagi semua ketegori untuk menjalankan perkhidmatan kurier. Sementara itu, permohonan yang diterima sebelum tarikh berkenaan serta pembaharuan lesen sedia ada akan diproses untuk kelulusan.
Moratorium ini bertujuan untuk memberi laluan kepada kerajaan bersama industri pos dan kurier membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor tersebut yang berdepan pelbagai cabaran akibat perubahan teknologi dan trend pasaran.
Langkah ini juga sejajar dengan gesaan rasmi yang dihantar oleh Persatuan Syarikat Penghantar Ekspress Malaysia (AMEC) sejak Ogos lalu. AMEC merupakan gabungan 25 syarikat kurier utama di Malaysia termasuk Pos Malaysia Berhad, GD Express Sdn. Bhd., City-Link Express (M) Sdn. Bhd. dan lain-lain.
Sehingga Oktober 2020, terdapat 109 pemegang lesen perkhidmatan kurier pelbagai kategori yang beroperasi di Malaysia.
Berkaitan
- Akaun Rasmi Twitter Kini Guna 'Handle' @X
- Beberapa Perkhidmatan Dalam Talian KWSP Akan Tergendala Pada Petang Ini
- Microsoft Lancar Aplikasi Office 'Semua Dalam Satu' Bagi Pengguna Android
- narzo 30A Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM499
- MacBook Air Dengan 'Magic Keyboard' Diumum Secara Rasmi, Harga Bermula RM4,399
- realme C12 Bakal Diperkenal Untuk Pasaran Tempatan 25 Ogos Ini
- Rekaan S-Pen Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris, Mungkin Ditawarkan Sebagai Aksesori Tambahan
- Moto Razr 40 Ultra Dilancarkan Di China - Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 165Hz
- Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik
- Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa, Hanya 5 Kategori Pegawai Boleh Pegang Kad Pengenalan