Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
radio peribadi

MCMC Akan Menamatkan Jalur Frekuensi Ini Bermula Tahun 2023

Diterbitkan Julai 12, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan mengumumkan akan menamatkan penggunaan peralatan radio peribadi (‘personal radio service’) yang beroperasi dalam jalur frekuensi 477.0125 MHz hingga 477.4875 MHz dan 477.5250 MHz hingga 477.9875 MHz.

Penggunaan peralatan tersebut akan dibatalkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Sehubungan itu, MCMC menyatakan pembelian dan/atau pengimportan baharu peralatan radio peribadi yang beroperasi dalam jalur frekuensi yang dinyatakan itu adalah tidak digalakkan.

Notis penamatan ini adalah yang ketujuh dikeluarkan oleh MCMC. Tidak dinyatakan mengapa penamatan terhadap jalur frekuensi tersebut dibuat.

Tetapi kepada anda yang menggunakan peralatan radio peribadi dalam jalur frekuensi itu, boleh hubungi Bahagian Perancangan Spektrum dan Penguntukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di talian +60 3 8688 8000 untuk maklumat lanjut.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY