McDonald’s Menarik Balik Permainan Pengesan Aktiviti Kanak-Kanak “The Step It” Dari Hidangan Happy Meals










Permainan pengesan aktiviti The Step it
yang dimasukkan di dalam hidangan kanak-kanak Happy Meals telah dihentikan
selepas McDonalds menerima laporan pelanggan permainan itu menyebabkan alahan
kepada kulit.





Di dalam satu sidang akhbar, McDonalds
memberi kenyataan yang mereka akan bertanggungjawab terhadap masalah yang
dialami pelanggan mereka itu. “ Tiada yang lebih penting dari keselamatan serta
kesihatan pelanggan” kata jurucakap McDonalds, Terri Hickey.







The Step it merupakan permainan baharu yang
diperkenalkan syarikat itu untuk membantu kanak-kanak melakukan aktiviti sihat
selepas memakan makanan segera seperti kentang goreng dan burger.