McDonalds Jalin Kerjasama Dengan Foodpanda Melalui Aplikasi Terbaru Mereka

McDonalds berhasrat untuk meluaskan lagi capaian dan liputan untuk penghantaran McDelivery kepada 310 titik penghantaran dalam masa 7 tahun mendatang.

Langkah pertama dalam mencapai hasrat tersebut adalah dengan menjalin kerjasama bersama platform penghantaran makanan, Foodpanda.



 

Pada sidang media yang berlangsung semalam( 30 Julai 2018), McDonalds menjelaskan mengenai aplikasi baru, McDelivery, telah dibangunkan bukan sahaja untuk pesanan makanan tetapi turut memaparkan promosi dan tawaran eksklusif harian untuk para pengguna.



Selain itu ia turut diolah supaya selari dengan gaya hidup aktif setiap pembeli. Lanjutan dari itu, kerjasama dengan Foodpanda adalah sangat penting dalam menyediakan penghantaran yang kini boleh didapati 24 jam sehari.

Aplikasi McDelivery boleh dimuat turun pada telefon pintar Android dan iOS.