Baru-baru ini, Maybank telah mengumumkan bahawa SMS TAC tidak lagi digunakan bagi transaksi RM5000 dan ke atas. Ini bertujuan memastikan pengguna lebih selamat ketika menggunakan Maybank2u.
Sebagai alternatif, Maybank akan menggunakan Secure2u dimana ia berkuatkuasa bermula hari ini. Oleh itu, setiap pengguna Maybank harus mengaktifkan fungsi ini bagi membolehkan transaksi lebih daripada RM5000 dilakukan.
Bagi yang masih keliru apa itu Secure2u, ia terdapat dua kaedah yang menggantikan sistem SMS TAC dengan dua penyulitan iaitu Secure Verification dan Secure TAC.
Secure Verification akan mengeluarkan notifikasi pada telefon pengguna untuk membolehkan anda “Terima” atau “Tolak” transaksi yang sedang dijalankan.
Sementara Secure TAC pula seperti SMS TAC. Akan tetapi Secure TAC dijana secara terus melalui aplikasi Maybank2u yang kemudiannya nombor TAC tersebut dimasukkan semasa transaksi dijalankan. Ia lebih pantas berbanding SMS TAC yang kadangkala lambat diterima atau tidak langsung menerimanya.
Kepada anda yang masih belum mengaktifkan fungsi ini, berikut adalah cara-cara bagaimana untuk mengaktifkannya:
- Buka aplikasi Maybank2u
- Klik Secure2u
- Log masuk akaun Maybank2u
- Sahkan nombor telefon anda
- Masukkan One Time Password yang diberikan
- Masukkan nombor MyKad anda
- Klik submit
https://www.youtube.com/watch?v=dyR8mca3ldk&feature=emb_title