Maybank Perkenalkan Aplikasi E-Dompet MAE Untuk Kemudahan Perbankan Digital

Hari ini Maybank telah memperkenalkan aplikasi terbaharu mereka iaitu MAE by Maybank2u dimana ia merupakan aplikasi lain daripada Maybank yang mengkhususkan E-Dompet.

Pengguna Maybank dan bukan pengguna Maybank boleh menggunakan aplikasi ini. Dengan mendaftar MAE, pengguna boleh membuat tambah nilai seperti aplikasi E-Dompet yang lain serta mendapatkan kad debit fizikal bagi tujuan pembelian di kedai.



Terdapat beberapa ciri menarik dalam aplikasi ini iaitu ciri Expenses dimana pengguna boleh memantau perbelanjaan yang dilakukan secara menyeluruh dan setiap perbelanjaan ini disusun mengikut kategori seperti makanan, utiliti dan membeli-belah.

Antara ciri lain adalah fungsi Tabung dimana Maybank memperkenalkannya untuk pengguna menyimpan duit secara konsisten dan berkala untuk mencapai matlamat mereka.



Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu untuk individu dan kumpulan. Dengan ciri ini juga, pengguna boleh menabung bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh memuat-turun aplikasi ini di peranti Android dan iOS.