Maybank mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter rasmi mereka semalam.
Laman sesawang Maybank2u palsu itu dipercayai dibangunkan oleh Scammer yang mahu mencuri data dan maklumat peribadi pemilik akaun Maybank termasuklah nama dan kata laluan penggunanya.
Sehubungan itu, pihak Maybank meminta para penggunanya supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari laman sesawang Maybank2u dengan memasukkan alamat rasmi laman sesawang (URL) ( maybank2u.com.my
Maybank juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghantar sebarang mesej melalui SMS, e-mel atau WhatsApp bagi meminta penggunanya mengemas kini maklumat akaun Maybank2u mereka.
https://twitter.com/MyMaybank/status/1381875886199218178
Ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini pada awal bulan Februari lalu, Maybank telah melaporkan kewujudan laman sesawang palsu Maybank2u yang bertujuan bagi melakukan aktiviti phishing yang sama ke atas penggunanya.
Maybank meminta kepada para penggunanya supaya segera menghubungi pihak mereka di talian 03-5891-4744 sekiranya ada pengguna Maybank2u secara tidak sengaja telah mengakses laman palsu Maybank2u tersebut.
Sumber: The Star
Berkaitan
- Scammer Semakin Licik, PDRM Dedahkan Taktik Paling Berkesan Scammer Kenakan Mangsanya
- Ini 5 Taktik Penipuan Scammer Mengaitkan LHDN Bagi Menipu Mangsa
- 4 Firma Ini Menjadi Sasaran Utama Serangan 'Phishing' Dalam Tempoh 262 Hari
- Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion
- Scammer Dikesan Guna Profil Pemimpin Negara Untuk Aktiviti Jahat Dan Penipuan
- Pengguna Kaspersky Di Malaysia Ke-3 Tertinggi Sekat Serangan Pautan 'Phishing' Di Asia Tenggara
- Pekerja Trend Micro Didapati Mencuri Data Pelanggannya Bagi Membantu "Scammer"
- Pelanggan Maybank2u Kini Tidak Lagi Boleh Luluskan Transaksi Melalui Aplikasi M2U MY
- Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023
- Shopee Bersama PDRM Mendidik Pengguna Lindungi Diri Dan Kenal Pasti Scammer