Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank april 2021

Maybank Mendedahkan Lagi Kewujudan Laman Palsu Maybank2u

Posted on April 15, 2021April 15, 2021

Maybank semalam memaklumkan mereka menerima laporan daripada para penggunanya bahawa terdapat kewujudan laman sesawang terbaru yang direka menyerupai laman sesawang rasmi Maybank2u.

Maybank mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Twitter rasmi mereka semalam.

Laman sesawang Maybank2u palsu itu dipercayai dibangunkan oleh Scammer yang mahu mencuri data dan maklumat peribadi pemilik akaun Maybank termasuklah nama dan kata laluan penggunanya.

Sehubungan itu, pihak Maybank meminta para penggunanya supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari laman sesawang Maybank2u dengan memasukkan alamat rasmi laman sesawang (URL) (http://maybank2u.com.my

Maybank juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghantar sebarang mesej melalui SMS, e-mel atau WhatsApp bagi meminta penggunanya mengemas kini maklumat akaun Maybank2u mereka.

(02/03)
For your security, remember to key in the URL manually (https://t.co/DClrIiFmpj) whenever you need to access your account.

Maybank never sends SMS/E-Mail/WhatsApp with links requesting you to log in or update your Maybank2u account. pic.twitter.com/B8a5yLgUb3

— Maybank (@MyMaybank) April 13, 2021

Ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini pada awal bulan Februari lalu, Maybank telah melaporkan kewujudan laman sesawang palsu Maybank2u yang bertujuan bagi melakukan aktiviti phishing yang sama ke atas penggunanya.

Maybank meminta kepada para penggunanya supaya segera menghubungi pihak mereka di talian 03-5891-4744 sekiranya ada pengguna Maybank2u secara tidak sengaja telah mengakses laman palsu Maybank2u tersebut.

Sumber: The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress