Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cawangan Maybank Tertentu Ditutup Dan Ada Yang Dibuka Sehingga Pukul 1 Petang Sahaja

Maybank Memudahkan Golongan B40 Memohon Lanjutan Moratorium

Diterbitkan November 29, 2020 · Dikemas kini November 29, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah pengguna akaun Maybank dan berada di bawah kumpulan isi rumah B40, Maybank telah memudahkan cara untuk anda memohon moratorium bagi melanjutkan bayaran balik pinjaman bank tersebut.

Permohonan tersebut telah pun dibuka dan anda hanya perlu melayari laman sesawang https://www.maybank2u.com.my/.

Di laman rami Maybank2u, anda klik pada ikon Covid-19 Asistance.

maybank 1
Permohonan ini perlu dibuat oleh pelanggan Maybank kerana kelulusan lanjutan moratorium tidak lagi diberikan secara automatik sepertimana sebelum ini.

Seterusnya di muka laman sesawang itu, anda bolehlah klik pada butang SEND EMAIL FOR TRA.

maybank 2
Turut ditawarkan permohonan lanjutan moratarium kepada pelanggan SME mickro Maybank yang layak.

Selepas itu, anda bolehlah memilih pakej lanjutan untuk tempoh 3 bulan atau 6 bulan bayaran balik (potongan 50 peratus).

Setelah semua butiran lengkap diisi, hantarkan email tersebut kepada [email protected] atau klik sahaja pada butang send.

maybank 5
Contoh permohonan lanjutan morotarium yang disediakan oleh pihak Maybank2u. Kredit: Sinar Plus

Jadi, jika anda terjejas dengan keadaan sekarang ini dan amat memerlukan lanjutan moratorium dari pihak Maybank, bolehlah memohon sekarang.

Untuk info lebih lanjut tentang syarat kelayakan permohonan, sila layari laman Soalan Lazim tentang bayaran balik pinjaman bersasar tambahan dari pihak Maybank.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY