MaxisONE Share Terbaru: Pelan Keluarga Yang Membolehkan Pengguna Membeli 5 Telefon Pintar Terkini Pada Harga RM0 Dalam Satu Akaun

Dalam menyediakan sambungan yang sentiasa terhubung seiring dengan teknologi peranti mudah alih masa kini, syarikat Maxis yang menyediakan perkhidmatan komunikasi dan internet terkemuka di Malaysia, mengumumkan pelan 'serba boleh' yang memberi pilihan kepada pengguna setia terutama kepada golongan yang sudah berkeluarga.

Kini pelanggan pelan MaxisONE Share tambahan boleh memiliki telefon pintar dari senarai model-model yang ditawarkan di dalam pelan Zerolution pada setiap talian dan ia adalah satu-satunya pelan yang ditawarkan di Malaysia. Dalam kata yang lain, jika pelan MaxisONE layak mempunyai empat talian dalam satu akaun, ia bermaksud pengguna dapat memiliki lima buah telefon pintar di bawah satu akaun.



Sedikit selingan tentang Zerolution, ia adalah program pelan yang ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja yang membenarkan pengguna membeli telefon pintar tanpa membayar sebarang bayaran pendahuluan dan membayar selama 24 bulan tanpa sebarang faedah.

Dengan tambahan kuota data yang dinaik tarafkan kepada 20GB di setiap talian daripada Maxis pada baru-baru ini, pengguna turut mendapat manfaat memiliki peranti terkini sama ada peranti flagship, pertengahan atau kelas permulaan seperti dari jenama iPhone, Samsung, Huawei dan banyak lagi.

Jumlah data 10GB + 10GB yang ditawarkan dengan pembahagian 10GB yang boleh dikongsi ke mana-mana talian dalam akaun tersebut dan 10GB lagi diberikan semata-mata bagi talian tambahan sahaja.

Selain memberikan talian 4G terpantas, pelan ini juga memberikan panggilan dan SMS percuma ke mana-mana telco tanpa had, dan juga pas perayauan MaxisONE World RM38 sehari bagi mengaktifkan penggunaan data tanpa had, SMS dan panggilan percuma ke mana-mana negara ASEAN apabila salah satu talian melanggani pas tersebut.

Akhir sekali, tawaran hebat seperti beli 1 percuma 1 dari TeaLive, Auntie Anne, McDonald's dan lain-lain boleh didapati di dalam aplikasi Maxis yang turut diberikan kepada pengguna talian tambahan.

Bagi mengetahui lebih lanjut atau untuk mendaftar, sila layari laman sesawang Maxis.