MaxisOne Home Fibre Mula Tawar Tiga Pelan Baru, 300Mbps, 500Mbps Dan 800Mbps

Maxis hari ini telah mengemaskini penawaran pakej bagi perkhidmatan MaxisOne Home Fibre mereka dengan tiga pelan baru.

Tiga pelan yang dimaksudkan adalah 300Mbps, 500Mbps, dan 800Mbps, menemani dua lagi pakej sedia ada iaitu 30Mbps dan 100Mbps. Harga langganan bulanan bagi setiap pelan adalah seperti berikut.



Bagi langganan pelan 500Mbps dan 800Mbps, ia akan disertakan dengan 2 unit Mesh WiFi secara percuma yang mana ia mampu memanjangkan lagi capaian sambungan WiFi. Sementara itu, bagi pelanggan pelan yang lain boleh mendapatkannya pada harga RM300/unit.

https://www.youtube.com/watch?v=7esgnmWIzow

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan-pelan baru dari MaxisOne Home Fibre ini, boleh layari laman Maxis.