Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Media Release 121121 – Internet Security

Maxis Tawar VPN RM9 Sebulan, Kalau Ambil “Bundle” Boleh Dapat Percuma Setahun

Diterbitkan November 12, 2021 oleh Helmi Samsuri

Aktiviti seharian kita sekarang ini banyak berlegar dengan internet. Seiring dengan itu, kita juga perlu peka dengan keselamatan dan sekuriti internet bagi memastikan pelayaran kita didunia internet lebih selamat.

Sebagai langkah untuk memenuhi keperluan itu, Maxis hari ini telah memperkenalkan bundle keselamatan internet. Ia melibatkan dua perkhidmatan iaitu Kasperksy Safe Kids dan Kaspersky VPN Secure Connection.

Anda boleh pilih pakej 2-dalam-1 dimana kedua-dua perkhidmatan ini pada harga langganan RM15 sebulan bagi tahun pertama. Namun begitu, jika anda daftar pakej ini sekarang sehingga 30 November, tiada caj langganan bulanan akan dikenakan selama setahun. Ya, percuma setahun.

Kalau anda hanya perlukan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan ini, boleh pilih salah satu. Setiap satunya berharga RM3 bagi Kaspersky Safe Kids dan RM9 sebulan bagi Kaspersky VPN Secure Connection.

Sekiranya anda tertanya-tanya apa yang kedua-dua pakej ini tawarkan, secara mudah Kaspersky Safe Kids bagi keupayaan ibu bapa pantau penggunaan peranti anak-anak, urus akses mereka di dalam media sosial dan laman web serta boleh sekat kandungan dan laman web berbahaya.

Sementara itu, Kaspersky VPN Secure Connection pula menambah satu lagi lapisan keselamatan apabila mereka disambungkan ke WiFi awam semasa beli-belah dalam talian atau lakukan transaksi perbankan.

Klik sini untuk lihat tawaran Maxis ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY