Maxis Menguji Kemampuan 5G Spektrum C-Band, Berjaya Capai Kelajuan Puncak 3Gbps

Maxis antara syarikat telekomunikasi yang menguji teknologi rangkaian 5G. Setelah mendapat kelulusan SKMM untuk percubaan 200MHz spektrum C-band 3.5GHz, syarikat tersebut berjaya merekodkan kelajuan 2.96Gbps untuk pengguna tunggal.

Kelajuan itu mencatatkan rekod tertinggi baru di dua tapak percubaan di Subang Jaya baru-baru ini.

Untuk makluman spektrum C-band merupakan sebahagian spektrum di bawah 6Ghz, iaitu pada spektrum 3.4GHz sehingga 4.2GHz.

Dua jenis ujian telah dijalankan. Pertama, kelajuan puncak pengguna tunggal. Ujian kedua pula diikuti dengan 5G MU-MIMO (multi-user MIMO) untuk melihat kelajuan pengguna yang ramai pada masa yang sama.

Ujian ini adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan pada tahun 2019 lalu. Projek itu dijalinkan bersama-sama dengan SKMM untuk menyelenggara, membangun, dan memupuk kes-kes penggunaan 5G dalam persekitaran yang terkawal.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi yang menyertai projek ini hanya diberikan 100Mhz setiap spektrum C-band sahaja, Kelajuan muat turunĀ  yang dicatat pula adalah dari 1.1 hingga 1.76Gbps.

Pencapaian ini menandakan perjalanan rangkaian 5G di negara kita semakin bergerak maju. Kemungkinan besar tahun ini juga pengguna awam juga turut sama boleh mula menggunakan rangkaian 5G ini secara meluas.