Maxis Menawarkan Huawei P9 Dengan Hanya RM1

Maxis nampaknya sedang rancak memancing pengguna di Malaysia dengan tawaran Power of One mereka. Kepada anda yang mahukan telefon pintar 'mid-range' seperti Huawei P9 dan Samsung J7 dengan hanya RM 1 anda boleh layari laman web rasmi Maxis untuk mendaftar dan menukar pelan internet anda.

untitled

Berikut adalah senarai telefon pintar yang di tawarkan oleh Maxis dengan RM 1;

Samsung Galaxy J1 Ace
ZTE Blade A610
Alcatel Pixi 4(6)
Acer Liquid Z630
Samsung Galaxy J3
Huawei GR3
Asus Zenfone Go 5.5
ZTE Blade A910
Huawei Honor 5X
Oppo F1s
Samsung J5
Samsung J7
Huawei P9 Lite
Huawei P9

2-5-768x403

Namun mengikut berita yang kami dapat, Huawei P9 sudah habis ketika ini. Anda perlu menunggu untuk stock yang baru. Jika anda memilih pelan paling murah Maxis iaitu MaxisOne 98, pilihan telefon anda akan terbatas dan anda tidak layak untuk memilih telefon yang berharga tinggi seperti Huawei P9 Lite dan Huawei p9.

Maxis tidak menetapkan berapa lama promosi ini akan berlangsung. Jadi kepada anda yang mahukan telefon berharga RM1 (masih perlu membayar harga pelan bulanan), anda perlu bertindak dengan segera.