Maxis Lancar Video Iklan Raya Dalam Bentuk Audio 8D

Jika anda pernah melihat terma audio 8D, mungkin anda pernah mendengar audio jenis ini di laman YouTube. Audio 8D yang sebenarnya hanyalah kesan khas dari audio stereo yang dimanipulasi agar suara/bunyinya kelihatan mengelilingi atau bermain di sekeliling kepala pendengar.

Terbaru, Maxis turut hadir dengan iklan Raya Aidilfitri seumpama konsep audio 8D ini. Video bertajuk "Suasana Syawal Sempurna" itu menceritakan bagaimana Hari Raya boleh disambut walaupun suasana tahun ini sedikit berlainan dari kebiasaan.

https://www.youtube.com/watch?v=w744TfTIS4U

Untuk pengalaman lebih memuaskan, pendengar digalakkan untuk menggunakan fon telinga ketika mendengar. Tahun ini mungkin anda mengimpikan untuk beraya bersama keluarga di bawah satu bumbung yang sama. Namun disebabkan pandemik Covid-19 ini, sudah tentu ia membataskan sambutan hanya di tempat sendiri sahaja. Bersabarlah ya.