Maxis Lancar Perkhidmatan NB-IoT Komersial Pertama Di Malaysia

Maxis hari ini telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan Narrowband-Internet of Things (NB-IoT) komersial yang pertama di Malaysia.

Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, syarikat pengendali tersebut turut memaklumkan bahawa rangkaian NB-IoT sudah diaktifkan dikawasan terpilih dalam pusat-pusat pasaran IoT utama. Kawasan-kawasan yang dimaksudkan adalah Cyberjaya, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya, Johor Bahru, serta KLCC.

Projek ini merupakan hasil dari kerjasama antara Maxis dan Vodafone yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan ini.

Pada masa ini, NB-IoT Maxis sedang diuji dalam beberapa industri untuk pelbagai kegunaan teraju yang dapat meningkatkan kecekapan dan membolehkan model perniagaan baru. Ini termasuk pemeteran pintar dan pemantauan alam sekitar.

Terdapat juga penyelesaian dalam Makmal Inovasi Maxis IoT yang merangkumi pencahayaan pintar, pemantauan tempat letak kereta, penggera asap dan banyak lagi. Semua ini berpotensi untuk membuka peluang baru bagi pihak berkepentingan utama seperti pihak kerajaan, majlis negeri serta perniagaan Malaysia dalam bidang pertanian, utiliti, Bandar Pintar, dan sebagainya.

Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan para pelanggan untuk memahami kesusahan mereka, serta meningkatkan kecekapan perniagaan dan menyelesaikan masalah-masalah mereka melalui penyelesaian NB-IoT.