Maxis Guna AR Dengan Sokongan 5G Dalam Program eKelas

Memaparkan potensi 5G dalam pendidikan, Maxis hari ini mempamerkan kes penggunaan 5G iaitu pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains dalam program eKelas. Acara yang diadakan di Pusat Internet IOCC itu, telah dipamerkan kepada Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia.

Apa itu eKelas?


eKleas maxis 5G

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar. Insiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini disediakan bagi pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5. Memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar terdedah kepada pembelajaran pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran kelompok, pertandingan dan kandungan digital.

Maxis eKelas kini disampaikan di 72 Pusat Internet yang terletak di 10 negeri di Malaysia. Dengan sasaran untuk mencapai lebih daripada 17,000 pelajar pada tahun 2020. Program ini dilaksanakan dengan perkongsian Maxis bersama MCMC di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman. Maxis eKelas telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran sebagai satu inisiatif di bawah Highly Immersive Programme , di mana pelajar layak untuk mendapat mata kokurikulum daripada penyertaan mereka dalam eKelas.

eKelas maxis 5G

Dikuasakan oleh 5G, pembelajaran VR merupakan kes penggunaan yang menarik. Kurikulum pembelajaran diserlahkan dengan mengupayakan para pelajar meneroka bahagian-bahagian sel manusia atau haiwan menggunakan tangan meraka dengan bimbingan guru dari jarak jauh. Pelajar dilengkapi dengan alat dengar VR dengan antara muka mesra pelajar yang unik, kawalan isyarat, sumber pendidikan termuat turun dan kawalan guru yang mudah digunakan. Pengalaman realiti maya memberi pelajar keupayaan untuk melihat pelbagai elemen dalam topik dari tajuk yang mudah serta yang kompleks. Memandangkan unsur-unsur pembelajaran VR yang immersive, pelajar dapat belajar berdasarkan pengalaman yang membantu mereka dari segi pemahaman dan ingatan terhadap topik yang dipelajari.

https://www.youtube.com/watch?v=SWVa55Kc-PY

Fixed Wireless Access (FWA) dan Pertanian Pintar


pertanian pintar maxis 5G

Selain kes penggunaan eKelas VR, Maxis mempunyai dua lagi kes penggunaan 5G di Langkawi iaitu Fixed Wireless Access (FWA) dan Pertanian Pintar. FWA berperanan mempamerkan kelajuan 5G dan sambungan ke kawasan tanpa jalur lebar berkelajuan tinggi yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pertanian Pintar telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemaajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membolehkan pertanian ketepatan oleh Maxis NB-IoT bagi tanaman anggur.