Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MEASAT-3d Satellite

Maxis Gembira Dengan Pelancaran MEASAT-3d, Pelanggan Bakal Nikmati Pengalaman Rangkaian Yang Lebih Baik

Diterbitkan Julai 14, 2022 · Dikemas kini Julai 14, 2022 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis Berhad menyatakan bahawa mereka gembira dengan kejayaan pelancaran MEASAT-3d baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut dalam satu kenyataan media berkata, satelit MEASAT-3d akan dimanfaatkan di mana ia bakal memainkan peranan penting dalam keupayaan komunikasi mudah alih, fiber dan satelit untuk membawa pengalaman rangkaian yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

MEASAT-3d akan melengkapkan satelit MEASAT-3a dan 3b untuk keperluan komunikasi teras dan meningkatkan kapasiti jalur lebar satelit sepuluh kali ganda kepada 30 Gbps.

MEASAT-3d merupakan satelit ke-8 negara dan telah dilancar ke orbit Bumi pada 23 Jun 2022 lalu.

Satelit yang dianggarkan berharga RM1.2 bilion dengan jangka hayat sehingga 18 tahun itu akan menyertai MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro, serta perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi dan akan meningkatkan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 Mbps sehingga 100 Mbps.

Sumber: Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY